March 30, 2011
~akHIrNYa~
March 29, 2011
~eSoK Lik uMAh~
~Aq JelEZ~
March 28, 2011
~kEhIduPan ku DIhOSTEL SmK"04"~
~sUdAKah anDA bErSEdiA~
~bUkAN SayA xNak bAGi AWk peLuaNg~
~CeRiTa CiNta KU~
~rInDu~
korang boleh tolong halaukan x??
March 27, 2011
~xdisangke dapat hadiah~
March 26, 2011
~Study week~
March 23, 2011
~umm,tbe2 rase sedey~
March 16, 2011
~jANGan mEnGhARaPkAN seSuATu y x pAsTy~
March 11, 2011
~iNtegrasi 3tahun~
~ApEw aKtIvItI AQ nak WAT Ri niEw~
March 8, 2011
~cOoL BlOg~
March 7, 2011
~bEtUl kaTA AwAk~
March 5, 2011
Siapa suamimu di syurga nanti?
Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.
Kes 1:
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2:
Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
+ Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3:
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
+ Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4:
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5:
Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
+ Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6:
Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani~HanYa 3kaLi sAja sEuMuR HiDuP~
ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP
Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.
1) 'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......
Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...
3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kematian, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
- 'Pertama, orang yang meninggalkan solat
- Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
- Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapanya.
- Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
- Kelima, orang yang suka minum arak.
Wallahu'alam